Tambah pula dunia industri berkembang dengan pesat dan kehendak majikan berubah mengikut tuntutan semasa. Sebelum bakal graduan menghadapi temu duga pekerjaan yang sebenar adalah lebih baik mereka didedahkan semula dengan segala aspek persediaan ke alam pekerjaan dan diharapkan mereka benar-benar bersedia dari segi kemahiran kebolehpasaran serta menunjukkan keyakinan yang lebih tinggi dan membuka peluang yang lebih cerah untuk berjaya dalam temu duga pekerjaan. Bahkan mereka perlu menyediakan ‘resume’ dan ‘cover letter’ yang baru dengan mengemaskini maklumat tambahan sesuai dengan kelayakan akademik yang baru, pengalaman latihan praktikal di peringkat ijazah serta pembangunan personaliti yang lebih matang. Walaupun tajuk-tajuk ini pernah disentuh semasa peringkat modul diploma, namun bagi bakal graduan yang akan menamatkan pengajian peringkat ijazah, mereka perlu menyemak dan memperbaharui semula segala aspek berkaitan dengan tajuk-tajuk Isu-isu ini sangat asas dan perlu dikuasai bagi bakal graduan dalam proses mencari pekerjaan terutama dalam situasi persaingan yang amat kompetetif. Modul ini menggarap tajuk-tajuk seperti ‘Rebranding and Employer’s expectation on graduates’, ‘Knowing Yourself’, ‘Branding Yours elf’, ‘Resume and Cover Letter’ dan ‘Job Interview’. Modul Pembangunan Kerjaya ( Finishing School ) disediakan sebagai panduan dalam mengendalikan latihan kepada pelajar UiTM pringkat ijazah untuk mempersiapkan diri mereka dengan persediaan dunia kerjaya. (LEPASAN PENERAPAN UITM/DIPLOMA UITM) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH KOMUNIKASI KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA IPT LAIN)
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |